Saturday, January 23, 2010

Bagaimana guru membantu kanak-kanak disleksia di dalam kelas?




Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak
bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut
dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.

Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam
pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.

No comments:

Post a Comment